Thursday, December 5, 2013


WALIMATUL URUS  NORANI HUSIN 
DI  JOHOR  BAHARU 

1.   Pada 4.10.2013 ( Jumaat )
      Majlis Pernikahan antara Rahimah Aris dgn Mohd. Afzanizam bin Ngadiman diadakan di Quarters tempat Ani menginap.( Jalan Ariffin - berhampiran Bukit Saujana.
Majlis pernikahan hanya dapat bermula pd. jam 10.30mlm setelah kedua-dua pihak menunggu selama lebih 1 jam kerana imam nikah ( Bekas Imam utama Masjid Sultan Abu Bakar, JB.Sementara menunggu imam datang majlis penyerahan hantaran perkahwinan antara dua pihak dijalankan.
Kedua-dua mempelai selamat diijabkabulkan diwalikan oleh bapa Rahimah iaitu Aris yang turut sama berada semasa majlis akad-nikah pada jam 11.00mlm. Selepas majlis nikah selesai , jamuan untuk tetamu pihak lelaki dan sedara mara terdekat yang hadir diadakan di khemah depan rumah.
Oleh kerana adik beradik ada yg datang dari jauh, BP, Air Hitam, KL, tuan rumah bermurahhati sediakan charlet utk kita org tidur 2 malam.

Acara penyerahan hantaran antara kedua pihak


Bapa pengantin perempuan, Sdra Aris turut sama semasa majlis pernikahan



Pengantin lelaki

Pengantin perempuan

Pak Sdara pengantin perempuan

Selesai bernikah, acara membatalkan air sembahyang

Acara bertukar-tukar sarung cincin perkahwinan

Mak pengantin perempuan, Ani...peace be upon you

Pak Aris ( bapa pengantin pempuan ) dan Pak Usop

Bergambar ramai-ramai di mlm pernikahan




2. Pada 5.10.2013 ( Sabtu )

Hari ini ialah Majlis resepsi atau Majlis persandingan kedua-dua mempelai yg diadakan di Dewan Azalea,Jalan Gertak Merah,JB. Selesa juga kedudukan dewannya, banyak tempat utk letak kenderaan dan suasana dlm dewan setelah dihiasi, memang cukup meriah. keluarga Pengantin perempuan ( Ani ) pakai baju warna biru dan adik beradik, ipar duai dan sepupu pakai baju warna kuning yg telah diberi kain potong 3 minggu sebelum majlis utk jahit sendiri atau hantar tailor masing2.
Adik beradik lelaki dan sepupu lelaki ditugaskan utk menjadi penyambut tetamu, terutama waris/adik beradik yg lelaki,-Yusof, Nor dan Razak. 
Majlis Jamuan di dewan Azalea berlangsung dari pukul 11.00pg hingga 5.00ptg. kita org  berada di depan dewan lebih 5 jam. Sekejap berdiri, sekejap duduk. Hanya pada jam  4.30ptg, apabila dah agak kurang tetamu baru sempat makan di dlm dewan.
Di penghujung majlis ,selepas jam 5.00ptg, sesi bergambar pula, makan masa setengah jam juga.
Selepas jam 5.30 baru bertolak ke Tmn Megah Ria di Pasir Gudang untuk meraikan adik ipar ( Rohaida Ibrahim dan biras ( Md. Nar bin Manap ) nak ke Mekah pada Isnin ,8.10.2013. Dan orang rumah Rabeah Ibrahim ) dah bertolak lebih awal semasa adik beradik singgah di dewan Azalea utk meraikan majlis Walimahtul Urus ( Jef & keluarga, Rohaila dan Nurul serta Rubiah Ahmad. Aku hanya dapat bersama dia orang sebelum maghrib hingga 11.30 mlm. Kebetulan mlm ni pertembungan 2 pasukan penting Piala Malaysia ( JDT versus Kelantan ) di stadium Sultan Muhamad Darul Naim. Satu mlm trajis bagi JDT kerana di belasah teruk oleh Pasukan kelantan ( The Red Warrior ) dgn 6 gol berbalas satu. Dan jika kiraan agregat ialah 8 Kelantan dan 5 JDT. Memang frust habis. Kebetulan penjaga gol utama ,Mohd. Al Hafis tidak dpt turun padang krn masih bersedih krn kematian anak kecilnya pd pagi Sabtu.
Pada jam 11.30 mlm bertolak balik BP dan berehat pada hari Ahad. 6.10.2013.







No comments:

Post a Comment