Tuesday, September 6, 2011

Merdeka Raya 1432H /2011M

Tahun ini Cuti Raya serentak disambut dengan Hari Kemerdekaan Malaysia kali-54 tahun dengan tema kemerdekaan tahun ini ialah: Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera.
Cuti raya tahun ini juga hampir serentak dengan Cuti Pertengahan Penggal Ke- 2 Persekolahan yang bermula pada 26 Ogos hingga 4Sept. 2011. Ini bermakna Raya, Sambut Merdeka dan Cuti Pertengahan Penggal 2 memberi kelebihan dan ada juga kekurangan.
Menyentuh Raya tahun ini aku rasa kakitangan awam agak lega sebab dpt bonus setengah bulan gaji pokok atau sekurang-kurangnya RM 500. Yang dah pencenpun dpt RM 500. Tiba-tiba YAB PM umumkan seminggu sblm Raya. Apa lagi masing-masing ambil kesempatan la berbelanja Raya.Bonus yang boleh dikeluarkan mulai 25 Ogos dianggap seperti durian runtuh masing-masing penjawat awam. Tapi kalau nak diikutkan Peneroka FELDA seluruh negara lagi bernasib baik.Sudahlah harga k.sawit tinggi sampai lebih RM 600 satu tan , ditambahpula punya la baik hati YAB Datuk Najib bagi dividen pula..memang raya sakan la peneroka FELDA.
Perihal aku pula akupula ambil kesempatan utk sambung cuti pada 29 Ogos ( Isnin ) dan 2Sept.( Jumaat ). Pada petang Jumaat 26 Ogos aku balik awal. Jam 12.30tgh aku bergerak dari SMKDC menghala ke B>Pahat untuk ambil Intan, Redzal dan Raffiq dan seterusnya dlm jam 4.00ptg. kita orang bergerak ke KL ( Asrama Putri UniKL di Bangsar ) utk ambil Raisya utk cuti Raya. Sampai di Bangsar lebih kurang jam 8.00 mlm. Sblm tu berbuka batalkan puasa dlm kereta-minum air mineral sahaja. Punya la susah nak cari tempat berbuka Puasa. Restoran Chawan di Jln. Tentawi penuh. Akhirnya terpaksa berbuka di Restoran Mahboob. Aku pasti isteriku macam tak berapa nak singgah di restoran 'mamak'. Tapi dah lapar terpaksa singgah dan kita orang makan nasi baryani . Empat orang makan nasi baryani kambing/ayam + teh ais kena RM 58.00. Agak mahal berbanding nasi baryani gam di BP. Lebih kurang jam 9 baru ambil Raisya di Asrama Putri di Bangsar.
Menghala balik aku bawa mereka shopping di Jalan Tun Abd. Razak di KL. Saja singgah. Intan dan Raisya beli Baju dua pasang. Aku , Redzal dan Raffiq beli baju Melayu siap dengan kain samping. Kira-kira jam 12.30 tgh mlm bertolak balik ke BP dari KL. Tiba di BP lebih kurang jam 3.30pg. Punya la ngantuk sampai teus tidur, tak sempat sahur. Masing-masing bangun lewat.
Pada hari esoknya ( Sabtu ) adalah buat kerja-kerja mengecat tembok dan dinding, cuci kereta. Pada hari Ahad Hat potong rumput. Sebab itu pada hari Jumaat tak tidur di KL kerja banyak menunggu di rumah. Singgah Melaka pun dah tak sempat.
Isnin malam lebih kurang jam 9.00 mlm Lela dan Nurul balik BP dan tidur di Tmn. Soga. Seperti tahun-tahun lepas mlm nak Raya baru sibuk nak sediakan apa nak dimakan pada pagi Raya . Jadi kita orang masak Nasi baryani, kari daging, ayam masak merah, salad dan pencuk. Jadi masa berbuka pada hari Isnin sempat makan nasi baryani buatan sendiri. Adalah rasa tapi tak boleh lawan Baryani Mat Shah atau jauh sekali baryani Power. Janji ada benda yang boleh dimakan semasa berbuka Puasa hari terakhir puasa tahun ni.
Seperti biasa aku akan bayar zakat di Masjid Jamek Datuk Bentara Luar selelepas watu subuh iaitu pada hari Ahad pagi jam 9.00. tahun seorang kena bayar fitrah sebanyak RM 7,50. Jadi 5 orang berjumlah RM 37.50. Aku bagi not RM 50 dan selebihnya masuk tabung masjid.
Rasa lega apabila sudah bayar fitrah. Kalau tak bayar fitrah nanti sia-sia saja berpuasa kerana pahala puasa tidak diangkat ke langit.Tahun ni tak ada masalah untuk cukup berpuasa selama 29 hari.Raffiq pun tak buang puasa. kira hebat juga la dia boleh berpuasa sebulan.
Hari Raya Pertama: ( Selasa ): Pagi sembahyang Raya di Masjid Jamek Dato' Bentara Luar. lepas sembahyang balik rumah makan lagi. Jam 2 Ptg. baru kita orang pergi beraya. Sebelum tu singgah di Tanah Perkuburan Jln Tanjung Labuh utk ziarah kubur arwah Bak ( Hj. Ibrahim Ahmad ) dan Mail ( Ismail/ Zainal Abidin Ahmad ). Selepas 30 min kita orang pergi rumah Mak Pok ( Hjh Maimunnah Isa -Ibu Mertua tiri ku ) Malang sekali Mak Pok beraya di Pt. Raja, jadi tak jumpa. Kerana Mak Pok tida kita orang menghala ke PT. Besar untuk beraya di rumah Mak Ani/Din. Sebelum tu singgah di tanah Perkuburan Bukit Cermai utk ziarah kubur arwah mak mertua- Hawa/Salmah Ahmad.. Lama juga beraya di rumah Ani/ Din. hampir 2 jam. sbb tunggu Jeff balik beraya di rumahnya di Lorong Laksamana di Pt. Besar.
Hari raya Kedua Yusuf Husin (abang)Air Hitam Sekeluarga beraya di rumah. Selepas tu kita orang ke Muar, Pt. Raja beraya di rumah UCu Ali, Long Awi, rumah Radhiah /Hj. Rahman dan selepas maghrib di Masjid jamek Pt. Raja Tengah , terus ke rumah Aziz/Nor di Jln Kesang Laut. Balik dari Muar jam 10 mlm. sampai di Tmn. Soga jam 11.00 mlm.
Pada hari Raya Ketiga, Norani +Hj. Karim sekeluarga beraya jam 2.30. Lebih kurang jam 3.15 kita orang pergi Jemputan Hari Terbuka di rumah Way /Hamzah di Banang Golf Resort, Selepas itu beraya di rumah Mak Uteh Peah di Semerah, terus ke rumah Mak Long Tijah /Rumah Uda di Pt. Lubuk , kemudian rumah Rahman dan akhirnya ke rumah Ngah di Pt. Kuda. Mlm tu sampai rumah jam 12 tgh malam. Sebenarnya hari Jumaat Ngah buat rumah terbuka, tapi pada hari Jumaat, nak beraya di Air Hitam / Kluang. Jam 5 ptg tiba di Air Hitam Yusuf tlh berada di Kluang beraya di rumah Kak Long. Kita orang terus beraya di Kluang di rumah Adil . Menghala balik singgah di rumah Mak Leha di Revertex tapi Mak Leha beraya,terus balik ke BP. Mlm tu tak jadi pergi rumah Yusof sebab mereka sekeluarga terus beraya di rumah Rahmat di Kahang Timur.
Hari Raya Ke 4: Selepas Jumaat aku bertolak ke KL kerana nak hantar Raisya balik asrama. Sebelum tu singgah rumah Lela. Duduk 1 jam lepas makan 'tengahari' jam 4 ptg, terus pula ke Kuala Sungai Baru utk melihat Charlet. Setelah ambil gambar lebih kurang ,terus ke jeti di Fort Supai. Sebelum maghrib terus ke Alor Gajah di rumah Nasaruddin / Yah yang terletak di Tmn Seri Bayu. Lebih kurang jam 10 mlm balik ke rumah Lela.tidur satu malam.
Hari Raya Kelima - Sabtu 3 Sept. lebih kurang jam 10.30 pg, bertolak ke Asrama Putri UniKL dan sampai jam 3 ptg. Sebelum tu makantengahari di R&R Seremban. Sebelum balik Kita orang balik ke BP manakala Lela dan Nurul nak singgah di 'ikea' di Bukit Damansara.. Tiba di BP lebih kurang jam 12.'00 tgh malam Ahad. Sepanjang hari Ahad siang berehat di rumah. Subuh Isnin jam 5.30 bertolak ke P.Gudang. Subuh di kaw. rehat tol Kempas. dan sampai di SMKDC jam 7.00pg. Sempat menyampaikan ucapan di Perhimpunan Mingguan Isnin 5 Sept. 2011
Itulah serba sedikit pergerakan aku dn keluarga sepanjang cuti 26 Ogos hingga 4 Sept 2011.
Aku dapat rasakan cuti raya kali ini aku banyak bergerak . Bila banyak bergerak sudah pasti bertambah duit minyak dan tol. Aku rasa bersyukur kera Honda Accord JEM 6983 tidak meragam sepanjang cuti Raya. Memang agak lasak digunakan. tapi berbaloi !