Monday, December 9, 2013


MENGAPA DI FRASER'S HILL ?

Pagi Selasa 26.11.2013. jam 8.00pg di balcony Shahzan Inn, Fraser's Hill


Cafe House Shahzan Inn. Fraser's Hill  pd. 26.11.2013

Satu pose istimewa di pagi  Selasa 26.11.2013 ( Ulangtahun Perkahwinan Kali ke- 30 tahun.)di Shahizan Inn Fraser's Hill

Bergambar di air terjun di pertengahan perjalanan turun dari Gap ke Kuala Kubu Baru pada hari Selasa 26.11.2013
Perbandingan ketika menyambut Ulangtahun Perkahwinan. Tahun 1990 ( 26 Nov ) ketika berada di Fraser's Hill untuk sambut Ulangtahun Perkahwinan kali ke-8 dan di sebelah kanan ialah pada 26Nov 2013 ketika sambut Ulangtahun Perkahwinan kali ke- 30. Tempat di pilih  hampir sama iaitu menghadap padang golf  BFGC
The Paddock,Fraser's Hill


Fraser's Hill merupakan satu tempat peranginan yang signifikan buat ku dan juga keluargaku .Lebih2 lagi bagi aku dan isteriku.
Nak jadi cerita pada awal 6-8 Ogos 1990  aku ke Fraser's Hill untuk menjalani Kurus Pemeriksa untuk jadi Ketua Kumpulan,anjuran Majlis pep. Malaysia. Maka ada juga lah pemeriksa  kertas /matapelajaran lain yang dipanggil oleh Majlis Peperiksaan Malaysia( MPM ). Waktu tu tempat kursusnya ialah di Merlin Inn ( sekarang telah ditukar kepada Shahizan Inn ) Waktu tu aku pakai kereta H.Accord 1.6cc ( BBV 6391 ) warna cokelat. Semasa pergi kursus aku pergi dengan seorang guru SMK Munshi Sulaiman, iaitu En, Mat Jusoh bin Daud.Setelah balik kursus, rupa-rupanya kursus yang aku jalani menyebabkan   MPM melantik aku jadi Ketua Kumpulan untuk peperiksaan STPM tahun 1990. Mesyuarat Penyelarasan antara Ketua Pemeriksa dgn Ketua2 Kumpulan diadakan di Bilik Mesyuarat Utama  MPM di Bangunan KUWASA mulai 8-10Nov 1990. Dan aku tinggal di Hotel Pudu Raya.
Oleh kerana tertarik dgn udara nyaman,sejuk dan berkabus, jadi aku rancang untuk sambut ulangtahun perkahwinan yg ke lapan tahun di Fraser's Hill bersama isteriku pada 26.11. 1990. Mulai dari tarikh itulah aku sekeluarga tertarik untuk berehat-rehat sambil menyedut udara sejuk lagi nyaman.
Seterusnya aku dan isteri pergi lagi pada Mei 2002, Pada Disember 2008 aku sekeluarga dan 3 keluarga sebelah isteri bersantai dan menginap di Jelai Hill Resort, dan 26.11.2013 aku , isteri dan Raffiq menginap di Shahrizan Inn.Waktu ini aku masih guna H.Accord ( JEM 6983 )

No comments:

Post a Comment