Monday, December 14, 2009

RAFFIQ AMRI BERKHATAN !


Raffiq Berkhatan

Pada 10 Disember 2009( Hari Khamis ) Raffiq Amri menjalani proses berkhatan secara ' smart clamp' di Klinik Norman,Tmn. Merdeka, Melaka. Pada tarikh tersebut umur Raffiq berumur 12thn 11 bulan dan 12 hari.( Raffiq lahir pada 2.1.1997 )
Di Klinik Norman pada jam 10.00 pagi Raffiq selamat dikhatankan..kesian Raffiq kerana dia hanya diberitahu untuk khatan semasa berada dalam bilik rawatan...semua ini untuk mengelakkan Raffiq terasa tertekan memikirkan untuk berkhatan..Sebab bila ditanya untuk berkhatan Raffiq sentiasa berkata 'tak payah' sambil berlalu pergi.
Sebagai tanda kesyukuran pada hari Ahad 13.12.2009, 'pulut kuning' diedarkan kepada jiran tetangga dan sanak saudara. Bersyukur ke hadrat Allah kerana apa yang dirisaukan selama ini akhirnya berakhir. Itu baru satu bab. ( Raffiq & famili ucapkan terima kasih banyak khususnya kepada Dr. Norman dan staff, Mak Cik Lela, Tok Ani & keluarga ).akan bersambung...

'Buka clamp'

Pada 17 Dis 2009 (Khamis), Raffiq dibawa sekali lagi ke klinik Dr Norman untuk membuka clamps iaitu seminggu selepas berkhatan. Alhamdulillah pada jam 3.30 ptg clamp selamat ditanggalkan.Bagaimanapun Raffiq kurang selesa kerana terasa 'ngilu' mengikut istilah Raffiq dia kata 'geli'.Balik dari Klinik terus pergi ke Motel Bukit Serindit( Family Room Bilik C-2-1 dengan bayaran RM 130 seunit ), yang telah dibooking 3 hari sebelum ke Melaka. Tujuannya supaya Raffiq dapat berehat di' hotel' selepas berkhatan.. saja nak ambil hati Raffiq kerana biasanya waktu cuti biasanya 5R family akan bersantai 2 atau 3 mlm di mana-mana resort ke, apartment ke, hotel ke atau apa saja tempat untuk duduk berehat-rehat waktu cuti.