Thursday, December 5, 2013

KEMALANGAN DEPAN TEMBOK RUMAH

Pada 19.11.2013 ( hari Selasa ) maka terjadilah satu peristiwa yang tidak disangka-sangka berlaku ddepan rumahku.Waktu kejadian ialah jam 9.15pg dimana isteriku dengan suara agak kuat memanggilku .Ketika itu aku tengah tidur begitu nyenyak dan bila dijerkah, aku bungkas bangun.Terdengar di telinga di luar bunyi suara Hj. Rahman depan rumah yg memang kuat biasanya kalau berbual. Dengan segera aku menjengah tingkap ,dan memandang ke luar rumah. kelihatan beberapa orang sedang berdiri di tepi jalan. Ada yang berpakaian biasa dan ada yang berpakaian sekolah. Teringat aku Pep. SPM tengah berjalan, Sedangkan sekolah sedang bercuti.
Aku ke bilik air gosok gigi, basuk muka sambil merungut dalam hati" Apa hal pulak dah ni .Jangan la melibatkan dgn aku" Fikiranku menjadi sesak bila kedengaran pula bunya door bell yg ditekan berulangkali. Berderau juga darah !. Akupun pakai baju dan seluar seadanya dan bergegas keluar ru tepi rumah. Tiba di depan pintu kelihatan semakin ramai orang berada di sebelah kanan rumah.Ada yang berdiri di depan tembok, ada yang berdiri dekat tiang TNB sebelah pagar rumah Hj. Rahman. Kelihatan juga beberapa buah kereta berhenti di depan pagar rumah Hj. Rahman. Dalam hati ni mesti berlaku accident di kawasan simpang empat depan rumah. Biasa juga berlaku di persimpangan 4. Selama aku tinggal di sini sejak tahun 1990, adalah lebih 5 kemalangan yang aku dapat saksikan sendiri. Yang berlaku di luar pengetahuan aku tak tahu berapa lagi. Terutama apabila aku keluar outstation atau sedang berada di sekolah.
Apabila keluar dari pintu kecil , kelihatan sebuah kereta putih sudang 'landing' di penjuru tembok.Sudah pasti beberapa rumpun bunga 'lipstick'berada di bawah perut kereta. Bila diteliti dengan lebih dekat.pemandu kereta dan penumpang semua sudah keluar.pintu sebelah driver terbuka dan kelihatan air bag bhg. depan kereta terbuka.Maknanya kereta ini agak laju ketika berlaku kemalangan. Dan terbukti tiada kesan 'brake' di jalan raya. Kelihatan batu-batu kecil berterabur dan bersepah batu bata. Satu pasu bunga pecah habis berderai..Nasib baik ada tiang telefon yg menjadi penghadang kereta drpd terus meluncur menghentam tembok. Kalau tidak habis hancur tembok rumah aku.Lantas aku mengucapkan syukur kepada Allah, kerana memelihara tembok batu rumahku drpd dilanggar oleh kereta. Aku rasa jarak depan kereta dgn tembok ada lah 2 inci. Memang Allah Maha kuasa kerana beri perlindungan.





No comments:

Post a Comment