Friday, August 30, 2013

31 OGOS 2013
SAMBUTAN KEMERDEKAAN MALAYSIA KALI KE-56

"Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku " Itulah tema sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia kali ke-56 bagi tahun 2013. Tema ini dipilih selaras dengan situasi semasa yang menunjukkan terdapat beberapa peristiwa yang menunjukkan segelintir rakyat di nehara ini tidak lagi pandai atau atau berlaku ketirisan dari sudut menghormati negara sendiri sebagai sebuah negara yang telah 56 tahun merdeka secara sah daripada penjajah. Seolah-olah  golongan ini tmula tidak menhargai erti kemerdekaan yang dinikmati sebegitu lama. Ada yang memperlekehkan simbol-simbol negara merdeka yang berdaulat.Contohnya taki hormat lagu negaraku yang sedang berkumandang semasa berada dalam perhimpunan rasmi. Mengubah lagu 'Negaraku" yg menjadi lagu kebangsaan negara Malaysia.Tidak menghargai betapa pentingnya dihormati bendera Kebangsaan.( Jalur Gemilang )Masih ramai yang tidak mengibar bendera Jalur Gemilang di premis2 kediaman, pejabat-pejabat kerajaan /agensi kerajaan /swasta atau institusi2 pendidikan spt sekolah2, kolej atau universiti.Susah sangat nak  bangga untuk menyatakan ' Aku bangga jadi anak Malaysia'. atau 'I'am Malaysian' " I'am proud to be Malaysian '
Kedapatan segelintir rakyat malaysia yang berada di luar negara pula suka memperlekehkan tentang kemakmuran yang dinikmati oleh rakyat setelah mencapai kemerdekaan. Masih ada yang menganggap, mereka terus dikongkong atau tidak bebas ! Lantaran itu tema Hari Kemerdekaan Malaysia tahun ini amat bersesuaian untuk memastikan Malaysia akan terus menjadi negara Merdeka  yang berdaulat dan terus dihormati oleh rakyatnya sendiri !