Saturday, December 7, 2013

PERSONA JKX6989 TERBENAM DI BAHU JALAN

2.12.2013 ( Isnin )
Jam 4.30ptg, Raffiq mendekatiku dan berbisik," Ayah,boleh pegi cycling tak ?
Lantas aku menjawab,"Tak nampak tu langit macam nak hujan , mana boleh !"
Raffiq ni selagi dia tak dapat cycling dia akan selalu bertanya.Tak kira masa kadang2. Bukan waktu petang aje.Kadang2 tu time mood dia nak pegi cycling, aku balik dari suraupun dia akan tanya dan seolah-olah 'merayu-rayu' minta tolong. Kadang2 hingga 4-5 kali dia cakap nak cycling, sekali dua aku layan. 
Kebetulan pada petang Isnin aku nak ke kedai beli kopi,teh,susu dan sayur yg dah kehabisan stok. Setelah bagitahu isteri, aku ajak Raffiq untuk ikut sama. Bukan main suka la Raffiq bila aku ajak jalan. Ada can lah nak jalan-jalan. Kelihatan air mukanya amat gembira. Dia tak tahu aku nak pergi kedai utk beli barang2 seperti tersebut di atas. 
Biasalah perangai aku ni kalau keluar berkereta memang seronok pergi 'meronda' ke mana2 dulu sebelum ke destinasi yg sepatutnya. Kadang2 kalau keluar kereta dgn Raffik tak pasal2 pergi  Minyak Beku, balik ikut Jln Patah Pedang, terus ke Sungai Ayam, Sungai Suluh dan balik semula ke Bandar melalui jalan Tanjung Labuh.
 Kadang2 saja masuk Jln Kluang , masuk ke Pura Kencana, berhenti makan2 di satu restoran kerana tergerak nak makan satay.Bagi Raffiq ini lah peluang untuk order teh tarik dan semestinya meggie sup; "Bang meggie sup ada tak",tanya Raffiq kpd budak yg ambil order. 
"Ada !",jawab budak yg ambil order tadi. Kelihatan muka Raffiq gembira. Apatah lagi aku memang jarang larang kalau dia order meggie sup. Itu yg Raffiq suka ikut aku jalan-jalan menaiki kereta atau pergi 'cycling'

Berbalik kepada cerita Persona yang terbenam pada petang Isnin ( 2.2.2013 ) agak menarik. Seperti biasa keluar rumah, terpikir dlm fikiran nak ke Tongkang Pecah sebab Raffiq ni suka sebut nak pergi Tongkang Pecah. Sebab apa dia seronok, tak dapat dipastikan. Macam biasalah bila dalam kereta mesti berbual kelakar-kelakar. kadang2 cerita yang tak masuk dek akal...saja untuk ketawa-ketawa.
Bila kereta tiba di simpang tiga jln Yong Peng Muar, aku saja tanya Raffiq.: "Belok kana ke kiri " Ada masa dia akan cepat cakap jawapannya. Dah aku agak pd. petang tu dia kata belok kiri. Maknanya kereta akan menghala ke Pt. Sulong/Muar.

Biasanya kalau berkereta dgn Raffiq lebih kepada nak melayan Raffiq dan kerenahnya. sebab tu sambil driving sambil nyanyi karaoke lagu2 yg telah di rakam semula melalui audio cd dan mainkan semula sambil menyanyikan lagu2 tersebut.Terasa seronok.

Dalam perjalanan menghala ke Pt.Sulong, dipertengahan perjalanan, aku perasan ada potongan-potongan kayu yg panjangnya lebih kurang 2 kaki jatuh di permukaan jalan. Mungkin jatuh dari lori yg mengangkut. Bila bergerak dlm 100 meter ke depan ada lagi potongan-potongan kayu yg berada  di bahu jalan  , di tepi dan tengah jalan pun ada. Setelah memerhatikan sepanjang 5-6 km , terfikir di hati.: "kalau aku pungut kayu ni baik juga. Boleh bawa balik dan boleh buah tempat letak pasu bunga". 
Waktu itu jalan memang basah sedikit sebab hujan renyai2.Tapi kerana desakan utk mengambilnya bercampur dgn niat  utk mengelakkan kereta atau motorsikal terlanggar, dan juga utk elak membazir, aku buat keputusan untuk mengutip semula potongan2 kayu. Aku buat keputusan pusing balik dan mengutipnya 

Bila ternampak potongan-potongan kayu.aku berhenti di sebelah bahu jalan. Hentian pertama , kedua, ketiga, ke empat, ok. Masuk hentian yg ke lima aku tak perasan bahu jalan tu lembut kerana mungkin ada kontrek yg baru sebulan dua tanam kabel. Setelah mengambil 3 potong kayu, aku nak bergerak ke depan, roda depan kiri terbenam .Bila bergerak ke belakang,terbenam pula roda kiri belakang. Setelah puas aku cuba ke depan, kebelakang ,kedua-dua roda sebelah kiri depan belakang sudah terbenam separuh roda dan bahagian bawah kereta bertemu dgn permukaan bahu jalan. 

Setelah dicuba ke depan dan ke belakang beberapa kali tapi  tak berhasil akhirnya  akupun keluar dari kereta. Masa tu Raffiq tak keluar, aku sorang saja yg keluar tengok. "MasyaAllah ! memang kes berat ni ! " Aku pergi ke seberang jalan untuk mengambil pelepah sawit yg terdapat di bawah pokok kelapa sawit .Aku cuba masukkan di bawah tayar yg terbenam. Aku masuk kereta semula  dan cuba gerakkan, tapi tak berjaya. Teringat pula potong2 kayu yg ada di seberang jalan.Aku ambil 2 batang dan sendal di belakang kedua-dua tayar yg terlibat.Aku cuba gerak gear ke 'D'dan 'R'  dan tekan pedal  minyak pelan2, tapi tak mahu naik juga. Dua 3 kali cuba tapi tak berjaya, aku rasa hilang punca dan berehat sebentar dlm. kereta sambil menghidupkan lampu 'hazard' sebagai peringatan kpd pengguna jalanraya. 

Raffiq yg tak faham apa2 cuma duduk diam aje di seat belakang.Masa tu jam dah pukul 5.15ptg. Aku mula terfikir."kalau sampai berlarutan hingga maghrib/malam ni kira dah kes teruk juga ni.!"
Aku keluar kereta seorang diri sambil melihat-lihat di sekeliling kereta.Dalam pada itu aku cukup berhati-hati dengan lalulintas  yang datang dari arah Pt Sulong terutamanya..Maklum saja jalan ni agak lurus dan kenderaan bergerak laju.
Dalam 4-5 minit mundar mandir di depan di tepi dan di belakang kereta. kebanyakannya  terus saja tak berhenti. Aku belum terdesak untuk menahan kenderaan yg lalu. Lampu 'hazard' memang telah dinyalakan sejak mula terbenam. Lebih kurang 20 minit kelihatan sebuah 'patrol car polis' berhenti di depan. Aku saja buat-buat sibuk melihat kereta.Sekali pandang aku tengok kereta polis itu ingin bergerak ke depan tapi kedengaran putaran roda belakang kiri keretanya begitu ligat dgn bunyi engin yang sedikit kuat. Dalam hati ku berkata " tersangkut juga kereta polis ni". Aku menghampiri kereta polis tersebut.  Tak pasti sama ada  polis tu perasan aku datang atau tidak. Taka semena-mena kereta polis itu sengaja memecutkan kereta dan terus pergi atau kebetulan dia pecut kereta nak elak tayar terbenam. Itu aku tak pasti. Yg jelas, kereta polis tu terus meluncur ke depan dan terus menghilang.
Sebenarnya aku menghampiri kereta polis tu untuk bertanya kalau2 ada traktor atau pick-up,kenderaan 4X4atau lori yg lalu supaya senang polis tahan untuk tarik kereta aku. Bukannya nak suruh polis tu turun dan tolak. Kalau polis yg tahan kan lain berbanding kalau aku yg tahan. Peristiwa tu berlaku pantas, anggota polis pun belum sempat turun dan akupun tak perasan nombor plat  kereta polis.Bukan apa tak terpikir langsung nak catat nombor kereta polis  yang meronda.
Aku masih berada di luar kereta dan hujan masih renyai-renyai.
Tak lama berhenti sebuah kereta proton saga putih  di depan kereta ku kira-kira 30 meter jauhnya. Beberapa orang lelaki dewasa Melayu  turun dan bertanya dan ingin bantu utk menolak tetapi tak berjaya memandangkan tayar yg terbenam agak dalam. Lagipun waktu tgh hujan renyai, dan bahu jalan akan terbenam bila dipijak menyebabkan mereka pun tak terdaya untuk menolak. 
Tak lama berhenti sebuah pick-up 4x4 . Kelihatan yg keluar ialah pasangan suami isteri melayu dlm umur 40an. Dalam hatiku mungkin kali ini akan berjaya sebab pemandu tu macam ada pengalaman dan taau cara nak menyelesaikan masalah. Dia mengeluarkan tali kain yg leper tapi mungkin mampu utk menarik kenderaan ringan. Lelaki tersebut undurkan keretanya supaya dapat ikat bhg. belakang kereta  ku, sebab bhg depan dah tak ada ruang utk sangkut tali krn depan ada bumper yg.rendah dan kelihatan rapat dgn permukaan tanah. Apapila siap diikat lelaki itupun menarik dan sekali tarik saja, kereta aku pun dapat dikeluarkan dari 'lubang' yg menyebabkan tayar terbenam. Aku bersyukur ke hadrat Allah kerana telah 'mengirim bantuan' melalui pasangan suami-isteri tadi. "Selamat satu bab" hatiku berkata.. Aku beri saguhati berupa RM50.00 kerana membantu.Dan isteri lelaki tersebut memperkenalkan diri sebagai "Ema",Pembekal dan Pengedar organic compound fertilizer di bawah jenama NATUREGROW. Terima kasih banyak kepada mereka berdua dan Allah saja yang dapat membalas budi baik.Aku sempat ucapkan :" Terima kasih banyak kerana membantu dan semoga murah rezeki". Dan pasangan suami isteri itupun beredar mengarah ke Pt. Sulong.

Selepas keretaku dah selamat dari 'lubang' aku pusing keretaku ke arah Pt. Sulong semula. Bab kedua yang kena hadapi ialah tayar yg tidak ada angin. satu masalah lagi. Oleh kerana roda dan 'hup-cap' kotor dgn tanah merah, aku rasa malas nak tukar tayar spare yg ada di booth belakang. Akhirnya aku buat keputusan untuk meneruskan perjalanan secara perlahan-lahan ke arah pekan Pt. Sulong. Aku rasa kira-kira 2 KM jauhnya untuk sampai . Bila tiba pekan Pt. Sulong puas memerhatikan kedai tayar tapi tak ada.Akhirnya berhenti di sebuah kedai basikal untuk bertanya dimana kedai tayar. Lelaki cina tu beritahu ada sebuah kedai tayar lebih kurang 2km dari kedainya. Maka akupun   terus memandu perlahan. Bukan saja tayar tak ada angin tapi sudah terkeluar alur rim kereta. Bermakna pergerakan kereta terpaksa menjadi lebih lambat kerana bhg rim kereta akan bergeser dgn bhg,kepala nut untuk masuk angin.
Akhirnya bila sampai traffic light simpang 3  ke Simpang Lima, sudah kelihatan kedai tayar yg dimaksudkan oleh lelaki cina tadi.Baru terasa lega bila tiba kedai tayar .Oleh kerana tayarnya dah rosak kena 'lanyak' sejauh 4km, terpaksa cari tayar lain sebagai ganti dari jenis yang sama ( Silverstone). Kena jugalah RM 180.00.Itupun kira tayar second-hand 70%. Selamat setakat ini. Kira bila dicampur upah utk pemandu dan ganti tayar second, menjadi RM 230.00 !Inilah yang dikatakan kalau bukan rezeki kita, ada saja wang keluar untuk orang lain.Cuma bentuknya saja yang berbeza !


Selepas terbenam ada satu lagi masalah pulak. Tayar pancit, terus tak ada angin !

Ini lah kesan lekukan yang menyebabkan kedua-dua tara sebelah kiri kereta terbenam sehingga ke paras lantai kereta.
 Peristiwa yang aku alami ini adalah merupakan satu2nya peristiwa yang aku anggap tersendiri dan mungkin ada hikmah dan pengajaran di sebaliknya iaitu:

1. Tujuan perjalanan mesti jelas dan jangan menyimpang drpd tujuan asal.
2. Perjalanan yang tidak dlm makluman isteri mungkin boleh mendatangkan bahaya atau boleh menyebab
    kan kesusahan.
3. Mengambil barangan bukan hak kita tidak dibenarkan sama sekali .Mungkin niat asal nak membuat kebajikan tu baik ( alih potongan kayu yg boleh membahayakan pengguna jalan raya di tengah jalan )
Bila kita ubah niat ( Nak ambil bawa balik rumah ) Allah tak izinkan.Maka diturunkan sedikit peringatan dan amaran agar kita boleh dpt pengajaran.
4. Jangan terlalu suka bila berada dalam kenderaan ( Contohnya menyanyi kuat ikut lagu daripada CD bercampur dgn berjenaka dan ketawa terbahak-bahak ) yg boleh menyebabkan kita lupa untuk fokus kpd aktiviti memandu dgn selamat.
5.Tidak mudah untuk semua orang untuk tergerak hati membantu kita dalam kesusahan kecuali kita mohon kepada Allah agar Allah dapat bukakan hati pengguna jalanraya untuk bantu kita semasa dalam kecemasan.
waima petugas yg 'mungkin' dapat membantu kita sepatutnya (contohnya  polis peronda )
6.Allah akan membantu dan mempermudahkan kerja kita, jika kita bersama dengan   anak istimewa ( Contohnya Raffiq yang tak tahu menahu sebenarnya apa yg berlaku ,tidak nampak cemas )

Aku rasa itu saja apa yang ingin disampaikan. Semoga kita dapat pengajaran daripada kejadian yang telah aku alami.





No comments:

Post a Comment