Monday, June 14, 2010

Raffiq minat makan




Kemana saja pergi mesti Raffiq suka makan- minum. Minuman kegemaran ialah milo tin atau kotak. Makan selain drp potato chips apalagi kalau tak mee hoon soup atau mee maggie soup.kalau tak kawal bila pelayan gerai/restoran tanya Raffiq nak makan apa, dia mesti balas dengan lembut;" Mee Maggie soup ada tak ? Milo ice ada tak ?" itulah perkataan yang sering keluar bila ditanya akak atau abang di gerai atau restoren.



Raffiq ini satu hal yang dia tidak suka betul ialah bila kita buka lagu atau muzik dengan volume yang agak kuat. Dia tak suka dengar lagu kuat-kuat...macam memekakkan telinga dia saja.Bila kita bergerak tempat lain, dia akan cuba turunkan volume..

Tapi bila dia leka bermain, suaranya yang dah pecah sikit punya kuat hingga menggangu kita nak tengok tv.kita marahpun sekejap aje berhenti aktivitinya , lepas tu buat lagi..dan lagi dan lagi !

Raffiq Suka jalan Masuk Highway


Sejak kebelakangan ini nampaknya Raffiq lebih gemar keluar jalan-jalan naik kereta. Kalau boleh masuk tol ke Highway Utara Selatan. Lagi jauh lagi dia suka. Tapi kita ini taklah boleh ikut sangat citarasa dia..kena juga lihat dompet utk bayar tol atau duit minyak. Dia apa tahu..seronok aje la bila masuk dalam kereta. Itulah dia punyai kegemaran.

Kadang-kadang tu rasa geram juga. Bila start kereta saja sibuk nak ikut. kalau setakat bagi alasan yang tak kukuh jangan mimpi dia boleh percaya...mesti nak ikut. Setakat nak jumpa kawan dia tahu cara berpakaian..nak pergi mesyuarat dia boleh baca cara berpakaian...jangan temberang la. Itu yang lemah bila nak buka pintu dan nak start engin kereta...kalau tak pandai bagi alasan memang terperangkap punya...itulah kekuatan budak Raffiq ni.

Bila dah berada dalam kereta tahu sajalah .... memang tak dok diam dengan aktiviti dia...suka sangat kalau overtake kereta dengan laju...amboi suka sakan dia sampai melonjak-lonjak. sebab itu bila dah dalam kereta jangan mimpi la dia boleh tidur. selama kereta bergerak tak kira malam atau siang dia tetap nampak 'segar' duduk dibhg. tengah kereta sbb nak tyengok kereta di depan dan belakang dgn lebih mudah...

Apahal pulak blok ni. nak save tak bolh, nak publishpun tak boleh...menyampah betul

Tuesday, February 2, 2010

Selamat tahun Baru 2010


Pada 2 Jan. 2010, genaplah Raffiq berusia 13 tahun .Memang sudah besar panjang. Masih bersekolah di SK Bandar...hingga berumur 15 tahun. Raffiq masih macam biasa.Tapi nampak tinggi kerana setelah berkhatan, selera makan bukan main hebat. Nampak berbeza dari segi ketinggian. Syukur alhamdulillah dia kelihatan nampak sihat dan cergas dari segi fizikal.

Monday, January 4, 2010

HAPPY BIRTHDAY RAFFIQ AMRI


Pada 2.1.2010 (Sabtu) umur Raffiq mencecah 13 tahun. Acara ringkas sambutan diadakan pada mlm Sabtu jam 8.30mlm di Crystal Inn Hotel...saja adakan makan-makan tanda kesyukuran 5R Family. Walaupun Raffiq sudah masuk 13 tahun tapi masih meneruskan pelajarannya di SK Bandar mengikut tahap.