Monday, June 10, 2013

PERJALANAN BALIK KEMBARA JALANAN ( 7.6.2013 -Jumaat )

Perjalanan balik ke BP, bermula dari Teluk Intan jam 11.45am. Memang tak mau ikut highway PLUS sbb nak jimat belanja. Duit bayar tol boleh isi minyak. Jadi kos kurang sepanjang kembar

Oleh kerana hari ini hari Jumaat, perlu berhenti di satu Masjid utk Solat Jumaat. Jalan punya jalan sehingga jam 1.00tgh maka singgahlah di kawasan Sungai Burong/Sekinchan dlm kawasan Sabak Bernam.
 Bersolat Jumaat di Masjid Sungai Burong, Sekinchan.
 Para jemaah munggu azan yg berkumandang
Pandangan hadapan Masjid Sungai Burong

Selepas berbual dgn kariah masjid Sungai Burong jam 2.20 bertolak balik  melalui jalan pantai dan berhenti di Sungai Pelek utk Solat Asar. Perjalanan diteruskan melalui Sepang,Lukut, PD, Telok Kemang, Lubuk Cina, Ramuan Cina Besar dan terus ke Masjid Tanah. utk berhenti maghrib. Sempat makan mlm di satu restoran di Pekan Bukit Bringin. Tunggu mee bandung siap sampai 40 minit. Gila punya tukang masak. Punya la lambat. Bila siap mee bandung stail tom yam. Tak sedap sebenarnya tapi dah lapar, habiskan juga,.Lepas makan, sempat gunting rambut di kedai Gunting Rambut Beringin sampai jam sembilan. Tgh gunting rambut, hujan lebat turun. Habis gunting terpaksa tunggu dlm setengah jam. Tak sabar tunggu berhenti, terus jalan. sebab jam dah 9.30mlm.
Perjalanan diteruskan hingga ke bandar melaka,,terus ke Padang Temu, masuk Jalan lama Melaka -Muar dan masuk masuk ke arah Jambatan kedua Muar , terus ke Pt. bakar, Pt. Jawa, Semerah dan terus ke Tmn. Soga. Jam menunjukkan jam 11.30mlm. Alhamdulillah sampai rumah dgn selamat ! Allah saja Maha mengetahui segala-gala sebab dan musebab Kembara Jalanan kali ini.

Setakat ini laporan Kembara Jalanan 5-7 Jun 2013. Hingga jumpa lagi. 

Saturday, June 8, 2013

KEMBARA JALANAN -5-7 JUN 2013

KEMBARA JALANAN ( 5.6.2013 - 2.50PTG- RABU )

SEPANG
SUNGAI PELEK, BAGAN LALANG, TANJUNG SEPAT, KG. BATU LAUT, PANTAI MORIB, JUGRA
Perjalanan dari Lukut ke Sepang dan seterusnya ke Sungai Pelek  dgn jarak 34 km memakan masa tak sampai 35  minit. Jalan 2 hala dari Lukut ke Sepang dan seterusnya ke Sg. Pelek memang memang boleh speeding. Ini Jalan Persekutuan tapi mcm lebuhraya jua. No, Jalan , No 5. Berhenti di Masji Al-Ehsan di Sg. Pelek untuk Solat Zohor. Berenti rehat dlm setengah jam termasuk minum air kelapa fresh.

Ruang solat Masjid Al-Ehsan ini memang cantik dan menenangkan 

Perjalanan dari Sg. Pelek ke Pantai Bagai Lalang, tak begitu jauh, tak sampai 10 minit perjalanan dgn kereta. Pantai ini sebenarnya semakin popular kerana ia menjadi alternatif kepada peminat pantai selain daripada kaw. peranginan pantai yg tradisional iaitu Pantai Port Dikson dan Pantai Morib. Kaw. Pantai Bagai Lalang juga terdapat Sepang Gold Coast. 
Pintu Masuk ke Pantai Bagan lalang. Di sini terdapat banyak banglo, apartment, dan charlet utk disewa .

Antara charlet yg menganjur ke laut dan cukup menarik


Perjalanan seterusnya ialah melalui Tg. Sepat, sebuah pekan asalnya kawasan perkampungan nelayan tapi kini melalui proses  pembangunan yang pesat. Pekan ini agak tersusun dan kebanyakannya adala penduduk Cina + Melayu. Begitu juga kaw. Perkampungan Kg. Batu Laut, yg rasanya ramai penduduk Melayu yg bekerja  sebagai Nelayan. Kedua-dua pekan ini cuma lalu begitu saja tannpa henti.
Pantai Morib merupakan kaw. perkelahan yg telah lama popular . Sejah masih kecil2 ada 3 pantai yg sering di sebut oleh org2 tua utk tujuan berkelah.: Pantai Port Dikson, Pantai Morib dan Pantai Tanjung Kling di Melaka. Perjalanan diteruskan mengarah ke bandar Banting dan terus ke Permatang Pasir.

KAWASAN BERSEJARAH DI JUGRA / BUKIT JUGRA:

Ini adalah kalai kedua berkunjung ke JUGRA, terutama Bukit Jugra . Kali pertama ziarah Makam Di Raja Sultan Abdul Samad Bkt Jugra  ialah pada tahun 1990 , Dimana disitulah bersemadinya Sultan Abdul Samad, Sultan Selangor. 
 Gate uta menuju ke Makam Di Raja

 Makam Di Raja dari arah luar
Tiba di makam jam 4.45ptg. tak sempat nak masuk sbb tutup jam 5.00 ptg.

Istana Alaeddin atau lebih dikenalai sebagai  Istana Bandar, dimana tempat bersemayamnya Sultan Alaeddin selama 33 tahun. Sehingga ini, Istana Bandar masih berdiri teguh dan dipelihara sebagai satu monumen lama di bawah Akta Bendapurba.





 Senibina Istana Bandar ini ada unsur2 Arab, India dan Cina

Tak jauh dari Istana Bandar, terletak Masjed Di Raja Sultan Alaeddin Sulaiman. Jaraknya kira2   150meter dari kawasan Istana. Masjid ini sehingga sekarang masih digunakan oleh penduduk sekitar





PULAU CAREY
Sesuatu yg menarik kali ini ialah menunju ke Pulau Carey, iaitu satu kawasan yg luas sebenarnya. Perjalanan dari Jambatan pertama masuk ke P.Carey hingga ke hujung iaitu di Pantai Rhu ialah sejauh hampir 20 km. Jalannya lurus-lurus dan boleh speeding sbb tak banyak kenderaan.Satu pengalaman yg menarik sebenarnya melalui P.Carey. Pada mulanya P.Carey ini kaw. yg penuh dgn paya bakau, rupa2nya sekarang penuh dgn ladang kelapa sawit. Terdapat juga perkampungan Orang Asli yg dipelihara.
Jeti Nelayan Sg. Judah, Pulau Carey
Pantai Tanjung Rhu, P. Carey

Kapal dagang sedang belayar di perairan Selat Melaka di lihat dari Pantai Tg. Rhu

Dari Tg. Rhu P. Carey terus ke Telok Panglima Garang, iaitu kaw perindustrian yg awal di Selangor. Perjalanan berikutnya ialah melalui Sijangkang dan seterusnya ke Bandar Kelang. Tak berhenti di Bandar Kelang sebab semasa Raisya belajar di Puncak Alam pd tahun 2010, selalu sangat ke bandar ini dan adakalanya menginap di hotel.( Hotel Prescott ). Begitu juga pekan Meru, juga kerap kali pergi. Jadi tak singgah

BERMALAM DI GRAND KAPAR HOTEL 
( 5.5.2013   Check in- 7.00pm dan  6.5.2013 Check out 11.25am )
Tiba di pekan Kapar ni dah nak hampir maghrib. Jadi terpaksa bermalam di Hotel Grand Kapar. Hotel ini agak baru ( twin bed deluxe ialah RM98.00 ) Tidurlah semalam di hotel ini. Mlm memang tak berjalan kemana, cuma nak rehat2 dan tidur saja.
Biliknya agak sempit tapi selesa

Toiletnya teratur dn kemas serta bersih

Depan hotel mengadap Sekolah


KUALA SELANGOR ( BUKIT MALAWATI - Khamis  6.6.2013  - 11.50 -12.30Tgh )
Jam 12.00 bertolak ke Kuala Selangor, melalui pekan Jeram, Pekan Sg. Buloh, Asam Jawa dan terus naik ke Bukit Malawati jam 12.00tgh. Pernah dulu dah lebih 20 thn tiba di Bkt Malawati. Tapi kali kelihatan di atas bukit banyak sekali monyet dan sangat jinak. Sempat la posing dgn monyet Bkt Malawati. Ramai pelancung tertumpu kpd kumpulan monyet sambil memberi makanan ringan. Ada 4 peniaga makanan ringan yg menjaja di atas basikal dan digerai. Kalau hari minggu lebih banyak monyet yg keluar.Masa ni weekday, jadi kurang yg keluar. Itu ikut pandang penjaja. Monyet pun tahu cuti hujung minggu, cuti umum tanpa merujuk kepada kalendar ! Hebatnya monyet Bukit Malawati !

Rumah Api Bukit Malawati mengadap Selat Melaka.
Meriam di atas Bukit Malawati di kedudukan strategik



Monyet Bukit Malawati, jinak dan friendly,apatah lagi kalau diberi makan.

Trio, sedang menggayakan pos istimewa !

Kumpulan monyet sedang bermesra dgn pelawat.


Sedang bergaya di depan menara pemancar TV di atas Bukit Malawati

Makam Sultan Selangor Pertama ( Sultan Salehuddin )
Makam Sultan selangor Kedua ( Sultan Ibrahim )
Makan Sultan Selangor Ketiga ( Sultan Muhammad )
Pancoran Air berhampiran Bulatan keluar dari Bukit Malawati

TANJUNG KARANG ( 6.6.2013 -Khamis 1.00-150tgh )

Apabila di Tanjung Karang, singgah sebentar di Masjid Al-Raudhah di Pekan Tanjung Karang untuk Solat Zohor. 

Selepas solat zohor terus bergerak ke utara menuju Pekan Sekinchan. Oleh kerana dah lapar , walaupun baru jam 2.00 ptg, terpaksa singgah cari restoran utk makan tengahari.

Sekinchan ni popular kerana kawasan tanaman padi yg bersambung dgn sungai Burong dan Sungai Besar.Kawasan utama tanaman padi ini terletak di Daerah Sabak Bernam, Selangor iaitu salah satu daerah di negeri Selangor yang dianggap agak mundur dari segi pembangunan. Mungkin kedudukannya agak jauh ke utara neg Selangor dan hasil utamanya bergantung kpd pertanian dan perikanan.Jalan ke Sungai Besar pun dua hala dan cantik. Tiba di Sg Besar jam 2.30ptg.
Oleh kerana dah niat untuk melihat kawasan paling utara Selangor, perjalanan diteruskan utk ke Kg. Air Tawar, iaitu satu perkampungan yg bersempadan dgn Hutan Melintang. Cuma dipisahkan dgn Sungai Bernam yg juga menjadi sempadan antara Selangor dan Perak.
Tiba di Kg. Air Tawar jam 2.30ptg dan cuaca memang cerah dan panas. Kampung Air Tawar ini kira jalan penamat hingga ke tebing sungai.


BAGAN NAKHODA OMAR ( BNO )

Setelah melihat Kg. Air Tawar dan Parit Baru, teringin untuk kaw. rekreasi kaw. pantai , yang merupakan kaw. pendaratan ikan nelayan2 di kawasan ini. Tiba di BNO pd jam 3.30 dan berada lebih kurang setengah kam. Tempat ini sebenarnya kaw. tepi tebing sungai . Tak ingat nama sungainya. dan ditambak serta dibina medan gerai makanan. Terdapat juga penjaja2 menjual air dan makanan segera. Sempat juga makan 'aiskrim goreng'. Sedap juga..Antara gambar2 yg sempat diambil:
Bangunan Medan Selera BNO
 Kapal Nelayan 
 Kawasan yang ditambak dibina kaw. istirehat dan bangunan medan selera
Kapal Nelayan yang keluar masuk mendaratkan hasil tangkapan laut

SABAK BERNAM:

Dari Bagan Nakhoda Omar ke Sabak Bernam memakan masa setengah jam. Agak jauh juga. Kenderaan dah mula banyak, tapi jalan dua hala. Jalan asal persekutuan ( no. 5 ) merupakan alternatif utama selain Lebuhraya PLUS untuk menuju masuk negeri Perak melalui Jambatan Sg. Bernam.
 Sabak Bernam

Masjid Jamek Sabak Bernam

Pekan pertama dilalui, ialah Pekan Simpan Empat. Dari Simpang Empat ini, kalau belok kiri ke Pekan Hutan Melintang, tak jauh, cuma 3 km shj. Dari Simpang Empat kalau belok ke kiri akan menuju Teluk Intan dgn perjalanan sejauh 18km. Dan kalau dari Simpang Empat ,jalan terus akan tiba ke bagan Datu, iaitu Pekan yg terletak di tebing kanan Sungai Bernam. Jarak perjalanan ialah sejauh 34 km. 
Masjid Jamek Pekan Simpang Empat

 Hutan Melintang sangat  berfungsi utk para nelayan .Kelihatan banyak jeti dibina di Pekan atau pelabuhan Hutan Melintang utk memberi pelbagai perkhidmatan. Punggah hasil tangkapan hasil laut yg di simpan dlm tong2 air batu dan pemunggahan bekalan air batu ke dalam kapal nelayan untuk di bawa semasa berada di laut. Pekan ini dari segi keceriaan memang tidak dititberatkan sangat. Kotor dan berbau.
 Suasana biasa di Pekan Hutan Melintang
Hotel ini terletak di Pekan Simpang Empat

Oleh kerana Tiba di Bagan Datuk, agak payah utk cari hotel atau Charlet,dan pada ketika itu dah jam 6.00ptg. tak berhajat utk bermalam di Bagan Datuk. Ada satu tempat penginapan Homestay Bagan Datuk, tapi tak tergerak pulak nak overnight. Cuma sempat sembahyang Asar di Masjid Jamek Bagan Datuk.
Di Pekan Bagan Datuk ni ada satu jeti yg jadi tumpuan pemancing dan orang ramai, kerana pemandangan menghadap laut amat menarik.
Jabatan Laut Kaw. Tengah 
 Berdiri di jeti
 Pemandangan indah di kuala Sg. Perak
Pekan Bagan Datuk

BERMALAM DI ANSON HOTEL, TELUK INTAN (  6.6.2013 -Khamis mlm Jumaat )

Setelah berputar-putar di Bagan Datuk dan kelihatannya tidak ada tempat menginap yg sesuai, maka, terpaksa dicari tempat menginap di Teluk Intan. Perjalanan dari Bagan Datuk ke Teluk Intan memakan masa setengah jam iaitu jaraknya  lebih kurang 50 km. Tiba teluk Intan Jam 6.30pm. Check-in dgn harga RM 90.00. Tak ramai guest yg ada.Hotelnya 5 tingkat.Duduk di Tingkat 4 bilik 6 ( 406)
Masuk bilik biasa aje.Towel pun tak sedia lagi.kena mintak (telefon) counter baru hantar. di bhg. toilet, yg ada cuma 2 keping sabun. Sabun hotel budget !cap palmolive.Tak senonoh betul hotel ni. Bayar tinggi. Suratkhabar jgn harap la hantar ke bilik. baca di lobby la jawabnya. " sengkek punya hotel'. Hotel ni mesti syarikat plantation mana la pemiliknya ! Pak kal dah terdesak ! Malas nak cari hotel lain.
Cuma bagusnya, hotel ni, senang nak pergi ke Medan Selera di depan bangunan Menara Condong Teluk Intan. Sebelah malamnya sempat makan satay. Tapi sataynya keras.Satay 'frozen' agaknya. Jenis peniaga, kalau tak habis, simpan dlm peti ais, mlm esok keluarkan dan terus bakar ! Tak ada rasa kick langsung. Rasa macam nak kick masuk tong sampah tu ada le ! Teruk kalau berniaga mcm ni .Lepas makan satay, tinjau, gerai-gerai pasar malam yg berhampiran. Dah berminat , beli juga satu bentuk cincin, batu gunung berapi yg diikat dgn stainless steel. Batu tu kata abang yg berniaga baik kerana ada bahan apa entah yg boleh betulkan sistem edaran darah la, normalkan degup jantung...Semua tu aku tak kisah yg aku berkenan  cincin tu batu oval shape, sesuai dgn jari manis tgn kananku( sebelum ini aku pakai jenis besi putih sbg pengikat batu akek dan agak longgar pulak, itu yg pakai pun tak selesa, asyik nak betulkan kedudukan batu supaya ke atas, kalau tak dibetulkan mesti berada di sebelah tepi, leceh betul ! Akhirnya keluar juga RM35.00, dpt kurangkan RM10.00 aje. 
Lepas tu pergi ke gerai yg jual key chain. Sempat tempah satu utk diri sendiri tertulis" Kembara Jalanan-5-7 Jun 2013 dan dibelakangnya tertulis  nama spt di facebook ' Mohdnoraobhusin'- Batu Pahat.Untuk anak yg tiga pilih button badge yg sesuai dgn character masing dan dulis nama masing2. Semua kena RM 12.00, kira harga patut dan workmanship dan bakat seni agak menyerlah. Tahniah abang yg meniaga !
 Keadaan dalam bilik 406, Anson Hotel
 Sudut TV .TV pun model lama !
Bilik Air yg ada sabun buku palmolive ,2 buku nipis, ala2 hotel budget RM 60.00 !

Hotel ni satu lagi yg menyebabkan 'dingin; kpd pelanggan ialah kerana 'poor service' bhg. housekeeping. Mintak towel jam 7 ptg, hantar jam 8.30pm ,itupun kena telefon. Lagi satu biasa kalau duduk hotel spt ini, perlu ada breakfast. Hotel ni hampeh betul, tak de breakfast.
Pagi jam 11.30am baru check out, pedih perut siot. Mana tidaknya, heater pun tak ada dlm bilik. cuma sedia air mineral ( dlm 2 gelas, plastik- punya lokek betul tokey hotel ni !
Kerana dah tak breakfast, terpaksa menghala ke Medan Selera dekat Bangunan Menara Condong. Makan tgh hari terus la jawabnya( brunch ! )