Sunday, March 17, 2013

MULA BERSARA

3.4.2012 merupakan satu tarikh keramat sepanjang perkhidmatanku sebagai guru. Sehingga tarikh ini aku telah berkhidmat sebagai guru berijazah selama 30 tahun. Satu tempoh yg aku rasa memadai sebagai pejawat awam. Meskipun aku layak untuk sambung sehingga ke umur 60 tahun. Namun itulah ketentuan Illahi yg kita tak pernah tahu.
Pada mulanya aku bercadang untuk sambung sehingga 60 tahun. Pada waktu tu aku saja berbual-bual kosong dgn rakan2 Pengetua bila sesekali jumpa di Batu Pahat. Baik di Masjid datuk bentara Luar,atau di Surau An.Nur Tmn. Soga. Atau semasa mesyuarat dgn pengetua2 Daerah Pasir Gudang. Pada mulanya memang rancang utk sambung 60 tahun.
Setelah berbincang dgn org rumah( yg memang tak mahu sambung 58 apatah lagi 60 thn ) dan setelah memikirkan tentang Raffiq Amri, anak istimewa yg di anugerahkan Allah kpd kami, maka keputusan untuk sambung adalah 50-50. Bermakna masih berbelah bahagi untuk sambung atau bersara setakat 58 tahun. Semasa cuti persekolahan thn 2011.sebagai Pengetua, terpaksa juga datang bertugas ,ikut waktu pejabat, walaupun guru2 kanan dan guru2 biasa seronok bercuti. Bila balik ke rumah tumpangan di Bukit Saujana, tergerak juga nak mengira dari segi untung rugi kalau sambung hingga 60 tahun servis. Mengikut kiraan kasarku, hampir 40 peratus pendapatan ( gaji pokok +elaun), iaitu lebih kurang 2-3 ribu ringgit digunakan utk menampung belanja petrol + tol PLUS dan termasuk sewa rumah dan makan minum. Itu belum lagi masuk belanja hampir setiap minggu utk menjengah Raisya yg pada thn 2010/2011 baru masuk UNIKL. dan tinggal di asrama UniKL bdi Bangsar. Dan juga perbelanjaan utk Redzal berulang-alik dari rumah ke Asrama PolitekMara di Pt. Raja, seminggu sekali. Pendekatan perbelanjaan utk Petrol, tol, makan dan minum semasa ke KL boleh mencapai  3-4 ribu. Dan biasanya bila ke KL , mesti tidur hotel ( kos hotel antara RM200-300. Paling tidak 1 atau 2 kali sebulan.
Itu dari segi belanja perjalanan dan makan minum.Belum lagi instalment kereta Honda, bayaran bulanan kad kredit,( 2 kad  ) dan bil air,elektrik,astro,TM net,broadband maxis,b.band celcom, cukai pintu, cukai tanah dan cukai jalan/insurans kereta dan macam2 lagi.
Pendekata kalau diambilkira dari segi untung rugi lah, lebih banyak keluar drpd masuk setiap bulan. Bayangakan selama 20 bulan jadi Pengetua di SMKDC dan berulang setiap minggu. Wang yg dibelanjakan menyamai kos beli kancil automatik thn 2006 ( lebih kurang RM 20 ribu. ) Kalau aku teruskan 2 tahun lagi,aku akan kerugian mungkin lebih drpd RM 25 ribu....sebuah lagi kereta kancil seolah2 dihumban ke sungai begitu saja.
Atas rasional di atas minat utk sambung sehingga hujung tahun 2011 hanya tinggal 25% shj. Dan utk melengkapkanb seratus peratus, bila keluar keputusan PMR 2011, keputusan keseluruhan merosot walaupun % pelajar cemerlang meningkat. Mungkin atas sebab2 yang disebutkan diatas, bila tiba nak sain borang option pd Jan 2012, terus batal hasrat utk sambung hingga 60 tahun.
Semua Pengetua,rakan2 di sekolah lama terutama di SMKDOJ,SMKTBP,SMKSG, terkejut aku tak sambung hingga 60 thn.


Biasanya kalau dia org tanya aku cuma beri alasan, penat berulang, dan risiko berulang dgn kenderaan agak tinggi. Semua rakan2 tahu cara aku drive kereta. Memang laju. Kalau tak percaya tanya orang rumah dan anak2 yg biasa dgn cara aku drive kereta...memang laju.Berada di mana2 jln raya mesti langgar speed limit. Kaw. 60 bawak 90, jalan persekutuan ( 90km/jam) pecut sampai 140km/jam. Apatah lagi kalau di lebuhraya PLUS ( 110km/jam) biasanya speedometer akan berada antara 140-150km/jam. Dan kadang2 bila hati tenang boleh mencecah 160-165km/jam. Bayangkan dgn kereta yg berusia lebih 15 thn. Itulah sumbangan utama H.Accord 2.0l ( JEM 2013). Sebelum bersara pd. 3.4.2012, dlm hati aku berniat, inilah kereta bersara aku kelak. Alhamdulillah sehingga rencana ini ditulis( 18.3.2013), kereta ini masih 'setia' dgn tuannya !

ZAMAN MULA BERSARA

HOBI UTAMA APABILA BERSARA:






PHOTO SHOTS: