Monday, November 30, 2009

RAFFIQ AMRI




Dilahirkan sebagai bayi yang comel, normal dari segi Zahir(3.9kg) di Hospital Batu Pahat pada 2 Januari 1997.
1.Latarbelakang Persekolahan:


Seperti kanak-kanak lain, apabila sampai umur 6 tahun masuk kelas tadika (didaftarkan di Tadika Bestari pada tahun 2002).Pada tahun 2003 Raffiq mendaftar sebagai pelajar di Tahun 1 di SK Monfort BP. Tahun 2004 mendaftar di SK Peringgit,Melaka dan tinggal bersama Ibu saudara yang menetap di Tmn. Angkasanuri.Perpindahan sekolah ini disebabkan ibu dan ayah Raffiq menunaikan fardhu haji di Mekah mulai 29Dis.2003 hingga 13Feb 2004. Raffiq Amri meneruskan persekolahan Tahun 1 di SK Peringgit sehingga hujung tahun 2004 .Tahun 2005 Raffiq Amri dijangka masuk tahun 2 di SK Monfort tapi setelah disahkan oleh doktor pakar bahawa Raffiq menghidap 'autisme' & 'ADD' maka Raffiq di daftarkan di SK Bandar di kelas Pendidikan Khas pada tahun 2006(thn.3),2007(thn.4).2008(thn.5),2009(Thn.6) -tapi tidak boleh ambil UPSR). Tahun 2010 Raffiq akan memasuki Ting.1 PK di SK Bandar.Itu dari segi persekolahannya.


2.Tingkahlaku dan Personaliti:


Sebenarnya Raffiq dilahirkan dari segi keseluruhannya adalah normal-sihat,boleh berinteraksi,bercakap, bergerak dan bermain seperti kanak-kanak biasa. Perubahan tingkahlaku dikesan ketika berumur 2 tahun dan seterusnya.Satu perkara yang jelas ialah semasa di Tadika Bestari Raffiq didapati sukar untuk membaca dan mengira walaupun telah diulang dan dilatih dirumah tapi masih gagal untuk membaca sendiri kecuali dipandu mengikut patah-patah perkataan(mengikut sukukata) hingga ke saat ini.

Banyak masa di rumah Raffiq suka bermain secara sendirian.Kalau berjumpa rakan/sepupu dia masih boleh bermain bersama-berlari atau berkejar-kejaran.

No comments:

Post a Comment