Wednesday, August 17, 2011

Trans Desa Cemerlang-DeSaru

Hari ini ialah hari ke 17 Ramadhan1432H atau 17 Ogos 2011 dan jatuh pada hari Rabu. Hari ini banyak peristiwa penting.:
1. Tanggal 17 Ramadhan merupakan hari turunnya Al-Quran atau biasa kita sebut Nuzul Quran. Hari ini juga Indonesia menyambut Hari Kemerdekaan ke- 66 tahun.Indonesia merdeka lebih awal berbanding Malaysia. Indonesia merdeka pada 17 Ogos 1945. iaitu sudah 66 tahun merdeka. Kita merdeka pada tahun 1957.Kita akan sambut hari kemerdekaan kali ke-54 tahun pada 31 Ogos 2011.
2. Ini bermakna Indonesia merupakan satu-satunya negara di dunia yang cukup bertuah kerana sambutan berganda pada 17 Ogos: Sambutan Kemerdekaan 66 tahun dan serentak sambutan turunnya AlQuran. Hari Nuzul Quran.
Sejak pagi lagi aku sudah dengan siaran Radio Rep.Indonesia Stesen Tanjung Pinang. Rakyat Indonesia diperdengarkan dengan Gurindam 12 karya Raja Ali Haji.Diselang seli dengan ucapan ketua-ketua komuniti atau masyarakat dan orang perseorangan mengenai Proklamasi atau Perisytiharan Kemerdekaan dengan penuh semangat patriotik. Sejarah kemerdekaan dari penjajah Belanda hingga kepada penjajahan Jepang diulang-ulang untuk membakar betapa bermaknanya erti 'Kemerdekaan" Siaran yang aku dengar sejak aku mula start kereta dari Pangsapuri Bukit Saujana jam 6.35 sehingga sapai ke sekolah jam 6.50am. Biasanya aku drive sekitar 15-20 minit dari JB ke SMK Desa Cemerlang.
Biasanya jam 5.05ptg baru aku keluar sekolah untuk balik ke Bukit Saujana dari sekolah. Tapi hari ini aku macam teringin untuk berbuka di luar. Apa yang aku bayangkan ialah di Desaru. Sebelum keluar Desa cemerlang aku singgah bazar Ramadhan di Tmn. Desa Jaya-Jalan Lembah.Aku Beli Roti Baghdad berharga Rm. 1.50, Air Carrot Sejuk Rm 1.00, Cempedak Goreng RM 2.00.adalah 7 bijik sahaajaa. dan satu polesterin nasi lemak telor, RM. 2.50. Saja standby untuk berbuka di pertengahan perjalanan.
Mengapa ke Deseru ? Sebab sudah jadi hobi aku suka travel ..lebih2 lagi kalu seorang diri.Aku mula bertolak dari Bazar Desa Jaya jam 5.30ptg. melalui jln shortcut, Tmn Ehsan Jaya, terus ke Johor Jaya, masuk jalan Masai Lama dan terus ke Pasir Gudang, Kota Masai,melalui Nusa Damai/ tmn. Scientex, Polyteknik J
Perjalanan dari Tol Cahaya Baru hingga ke Tol Penawar lebih kurang 20 minit saja. tak jauh sebenarnya. menghala balik aku pecut 15 minit sahaja !. Sambung balik cerita di perjalanan pergi. Sampai tol Penawar serah kad dan bayaran tol sebanyak Rm 5.90. agak mahal sikit. Tak jauh dari tol Penawar sa,mpai ke simpang empat.ada traffic light. Trus akan ke tanjung Balau, ke kiri peri K.Tinggi ke kanan ke Desaru, Sg. Rengit, Bandar Penawar. Tak berapa jauh perjalanan kira2 3 Km ada simpang 3- ke kiri menghala ke Bandar Penawar, Desaru dan Tanjung Balau.
Aku belok menghala ke Desaru...itulah matlamat utama aku..Tiba simpang ke Bandar Penawar, aku terus saja. hingga sampai ke satu Roung about. Aku lihat papan tanda. Jika trus ke kawasan charlet dan pantai Desaru ri, ke kiri Tg. Balau dan ke kanan menghala le Tg. Punggai, teluk Ramunia. Jam hampir pukul 7.00pm... aku saj a belok ke sebelah kiri untuk ke Tanjung Balau Resort. Bila tiba kawasan tepi pantai, ada la 2 biji kereta berhenti. Nampak sunyi sepi saja. Nampak tak sesuai untuk berbuka aku balik semula menghala ke round about dan belok ke kiri menghala ke Pantai Desaru. Dlm. perjalan di sebelah kiri khususnya nampak deretan hotel dan charlet. yang aku ingat Lotus Hotel resort. Aku lihat jam dah pukul 7.20pm dan Radio Tanjung Pinang sudah azan. Ikut kiraan, Deseru berbuka lebih awal sedikit berbanding Tanjung Pinang. Aku berbuka cuma makan cempedak goreng. Tak sempat nak buka plastik ait Carrot susu. Sampai satu tempat yg. di namakan Korean Restaurant, aku pusing balik sebab semakin sunyi. Dlm perjalanan aku teringat papan tanda bertulis Medan Selera, Bandar Penawar.Akupun menghala ke tempat tersebut dan baru rasa puas berbuka sebab dapat minum teh tarik panas dan nasi goreng campur telur goreng. Seperti biasa aku kalu order nasi goreng pasti beritahu tak mahu ayam. Seperti biasa yang ambil order dengan memasak tak synchronise. Bila siap tetap ada ayam. Perangai aku ni akan bertolak ansur depan makanan. Tak mahu beritahu adik yang ambil order yang tak menepati citarasa dan kemahuan pelanggan. sebab aku ini bukan jenis bertegas dan memang tak suka bertekak. Aku ni jenis sabar. Aku anggap itu masalah kecil saja. Bila terjumpa ada ketul2 daging ayam dalam nasi goreng, aku cuma ketepikanh saja. selesai masalaah.Itu lah prinsip mendominasi character aku. Baik bersama keluarga atau di tempat kerja. Selepas tengok Buletin TV 3 di gerai kira2 jam 8.15 aku keluar dari Bandar penawar untuk balik dan sampai di tol Penawar kira2 jam 8.30pm. Aku saja nak test time dari tol Penawar ke Tol Cahaya Baru. Kira-kira purata 120 - 140km/jam. Cuma ambil masa 15 minit saja.
Selepas tol aku terus belok ke kiri menghala ke Pasir Gudang /Masai. kalau terus ke Ulu Tiram/Senai/KL/Melaka. Dari Tol Cahaya Baru ke Pasir Gudang cuma 4-5 minit perjalanan. Perjalanan aku terus masuk lebuhraya Pasir Gudang JB dan susur keluar ke Bandaraya melalui Ekspres Tebrau. Sampai BUkit Saujana lebih kurang jam 9.30pm. Itu saja cerita perjalananku dari SMKDC kira2jam 5.10pm ke Desaru dan terus ke JB, Pangsapuri Bukit Saujana jam 9.30pm.
Sekikian untuk rekod Hari ini ( 17 Ogos 2011-Rabu ) Dalam Sejarah hidupku !

No comments:

Post a Comment