Hari dah masuk 15 Ramadhan berpuasa. Aku dan keluarga -Intan Redzal dan Raffiq baru saja habis berbuka puasa . Hari seperti semalam, main beli apa saja tergerak. Ptg ni aku dan Raffiq ke Bazar Ramadan di depan Batu Pahat Club. Di situ beli lauk Ikan gelama masak kicap, sayur kobis+kacang panjang goreng, petola masak air, terong masak pedas, martabak daging sekeping, mee goreng 1RM , Mee Tiau goreng, kuih lapis + kuih dangai. Air Raffiq pilih air Mat Kucing.Aku pilih Air Durian Belanda. Nakmengengkek-ngengkek Aku dan Rafiq bawa juadah berbuka puasa untuk 1 hari ini saja.
melihat jam baru jam 5.30 ptg. Jadi aku pun bila ada Raffiq suka bawa dia berjalan-jalan menaiki kereta hingga ke satu perkampungan baru ,kira-kira 4 Km sebelum ke Minyak beku. Aku terpanggil ke kampung baru tersusun kerana kebetulan sebelum masuk ke kampung tersebut ada satu sepanduk yang bertulis, Majlis Penyampaian bantuan dan Berbuka Puasa yang dirasmikan oleh YB Dr Mohd. Puad b Zarkashi, Ahli Parlimen Batu Pahat. Akupun terus masuk ke dalam kawasan kampung.Jalan nampaknya macam baru di tar. seperti Projek Mee Segera saja. Pokok-Pokok pun baru di tanam. Bila tiba di kawasan petempatan sebenar, tjelas satu papan kenyataan bertulis Selamat Datang ke Desa Banang. -satu kawasan petempatan baru untuk pend. Orang Asli/ Asli laut. Rumah-sebuah-sebuah-kira banglow la. hampir 40% drp 100 buah rumah di situ telah di huni. Di tengah-tengah petempatan terdapat sebuah surau dan di sebelahnya ada khemah canopy putih dan dipenuhi kerusi meja yang tersusun rapi.
Sebenarnya semasa aku menghala ke Minyak Beku, aku bertunda dengan kereta Kancil yang ditulis dengan pelbagai maklumat berkaitan dengan akhbar harian Sinar Johor. Rupa-rupanya kancil tersebut memang bertujuan untuk buat liputan majlis berkenaan. Bila Sampai saja aku lihat macam tak ramai orang berada di sekitar kawasan surau dan khemah. Beberapa orang anak orang asli bermain di tepi tangga surau. Anak-anak muda pula macam tengah leka mem,belek-belek motor. Sepanjang kereta aku bergerak dari satu rumah ke satu rumah, aku nampak orang-orang dewasa macam tak kesahpun . Macam tak ada2 berlaku di kampung mereka.
Sekali berpusing di sekitar kampung aku terus keluar. Aku perhatikan betul-betul banar yang aku nampak semasa membelok. Aku perhatikan betul-betul maklumat. Tarikh: 14 Ogos bersamaan 15 ramadhan. Masa; 5.45 petang. Majlis: Penyampaian bantuan kepada golongan kurang mampu. Teringat aku tadi masa aku sampai lebih kurang jam 5.45 ptg.macam tak ada sambutan !
Aku belok ke kanan dan terus ke pantai Minyak Beku. Sungguh berbeza sekarang ini. Jabatan Lanskap dengan kerjasama MPBP telah membangunkan kawasan itu sekarang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment