Tahun 2011 sekali lagi menyaksikan aku berada di perantauan untuk tahun kedua. Berhijrah ke SMK Desa cemerlang pada Sept.2010 dan tinggal sebagai married bachelor di Bukit Saujana. " Sendiri...aku sendiri lagi... sebahagian rangkap lagu Dhalan Zainuddin.
Semakin ke penghujung perkhidmatan semakin jauh dari keluarga. Tapi aku tetap dengan prinsip..di mana bumi dipijak di situ langit di junjung. rezeki ada di mana2...
...Cikgu merupakan kata hikmat yang telah menjadi trad mark dalam hidup aku...kemana2 aku pergi trade mark 'cikgu' tetap kekal. muka cikgu orang boleh kenal. dari segi percakapan, gaya berjalan, berpakaian memang jelas ciri cikgu. Tapi aku tetap bangga di gelar sebagai cikgu. Tak lah mewah hidup seperti artis. tapi mencukupi syarat minimum untuk menjalani hidup di dunia. Ada isteri, ada anak, ada rumah, ada kereta, ada tanah...walaupun tak pernah tengok gran...harta pusaka lal tu. tapi aku tetap bersyukur jadi cikgu seadanya lah orang kata. Dan jauh sekali untuk menyesal jadi cikgu. Tapi bolehlah pergi ke mekah menunaikan fardhu haji bersama isteri...
Hidup sendirian, walau balik hujung minggu bersama keluarga tak sama rupanya. banyak bezanya. Ya la bila dah duduk seorang diri ni apa tergerak nak makan keluar, nak tidur lewat sampai jam berapa pun boleh, nak baring depan TV sambil dengar radio pun teruskan, tak siapa yang ganggu dan komen . kadang2 dengar radio punya la kuat..sampai berdentum-dentum..tapi terpikir juga..aku ni duduk rumah berkongsi bummbung, dinding dan lantai. tak boleh juga bantai sebarang. kena fikir orang sebelah juga.
No comments:
Post a Comment