Monday, June 10, 2013

PERJALANAN BALIK KEMBARA JALANAN ( 7.6.2013 -Jumaat )

Perjalanan balik ke BP, bermula dari Teluk Intan jam 11.45am. Memang tak mau ikut highway PLUS sbb nak jimat belanja. Duit bayar tol boleh isi minyak. Jadi kos kurang sepanjang kembar

Oleh kerana hari ini hari Jumaat, perlu berhenti di satu Masjid utk Solat Jumaat. Jalan punya jalan sehingga jam 1.00tgh maka singgahlah di kawasan Sungai Burong/Sekinchan dlm kawasan Sabak Bernam.
 Bersolat Jumaat di Masjid Sungai Burong, Sekinchan.
 Para jemaah munggu azan yg berkumandang
Pandangan hadapan Masjid Sungai Burong

Selepas berbual dgn kariah masjid Sungai Burong jam 2.20 bertolak balik  melalui jalan pantai dan berhenti di Sungai Pelek utk Solat Asar. Perjalanan diteruskan melalui Sepang,Lukut, PD, Telok Kemang, Lubuk Cina, Ramuan Cina Besar dan terus ke Masjid Tanah. utk berhenti maghrib. Sempat makan mlm di satu restoran di Pekan Bukit Bringin. Tunggu mee bandung siap sampai 40 minit. Gila punya tukang masak. Punya la lambat. Bila siap mee bandung stail tom yam. Tak sedap sebenarnya tapi dah lapar, habiskan juga,.Lepas makan, sempat gunting rambut di kedai Gunting Rambut Beringin sampai jam sembilan. Tgh gunting rambut, hujan lebat turun. Habis gunting terpaksa tunggu dlm setengah jam. Tak sabar tunggu berhenti, terus jalan. sebab jam dah 9.30mlm.
Perjalanan diteruskan hingga ke bandar melaka,,terus ke Padang Temu, masuk Jalan lama Melaka -Muar dan masuk masuk ke arah Jambatan kedua Muar , terus ke Pt. bakar, Pt. Jawa, Semerah dan terus ke Tmn. Soga. Jam menunjukkan jam 11.30mlm. Alhamdulillah sampai rumah dgn selamat ! Allah saja Maha mengetahui segala-gala sebab dan musebab Kembara Jalanan kali ini.

Setakat ini laporan Kembara Jalanan 5-7 Jun 2013. Hingga jumpa lagi. 

No comments:

Post a Comment