Thursday, June 6, 2013

KEMBARA JALANAN SIRI 1 /2013 ( SAMBUNGAN )

5.6.2013 ( Rabu ) 10.00pagi

Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas
 Ia merupakan kompleks sejarah yg menempatkan Makam Syeikh Ahmad majnun dan Batu Megalit atau 'Batu Hidup'.Sheikh Ahmad ialah seorang pendakwah dan pengikutnya ada yg menggelar beliau seorang 'wali' yg menyebarkan syiar islam di Tanah Melayu pada zaman kesultanan Melayu Melaka ( berdasarkan inskripsi batu bersurat pada batu megalit iaitu tertulis 1467-1468. Makam ini dipercayai wujud sejak kurun ke 2 dan ke-3 dan dianggap sebuah makam islam yg tertua di malaysia sehingga kini.

KOTA BUKIT SUPAI / KOTA KUALA LINGGI ( JAM 10.30-11.00PAGI )

Kota Bukit Supai atau kota Kuala Linggi dibina oleh Belanda utk menempatkan tentera upahan yg dinamakan 'sipoi' .Slank tempatan menjadi 'supai'. Kota ini juga kadang2 dipanggil Kota meriam Patah dan ada juga menamakan sebagai Kota Filipina mengambil sempena anak Gobenor Belanda ketika itu.
Pembinaan kota ini juga merujuk kpd simbolik perdamaian antara pihak belanda dgn pejuang2 Bugis yang mengawal perairan Selat Melaka





JETI KUALA SG LINGGI

 Selepas pergi Tanjung Agas iaitu kawasan yang berhampiran dgn kuala Sg. Linggi. Terdapat satu jeti utk bot2 nelayan membawa hasil tangkapan ikan di perairan Selat Melaka..


Tanjung Tuan ( atau dulu dikenali sebagai Cape Rachado ) merupakan kawasan yg bersejarah kerana di sinilah terbinanya Rumah Api yg sehingga kini masih digunakan kepada pelaut (sailors )sebagai panduan melalui Selat Melaka khususnya kapal2 dagang antarabangsa selain itu penting utk dijadikan paduan kepada nelayan2 setempat.
Tanjung Tuan juga penting kerana dikenalpasti sebagai tempat persinggahan burung2 yg berhijrah dari hemisfera utara menunju hemisfera selatan. Biasanya pada bulan Februari dan Mac setiap tahun.

RUMAH API TANJUNG TUAN DAN KAWASAN HUTAN SEMULAJADI






Kawasan Tanjung Tuan ini juga merupakan kawasan yg sesuai utk dijadikan trek berjogging. Banyak laluan yg sesuai utk dijadikan trek laluan:















No comments:

Post a Comment